Orang kata dari mata turun ke hati.. ehem
Tapi...
takkan lah tiap-tiap kali aku terpaksa buat eye contact dengan orang putih impak dia nak turun sampai ke hati?
Adoi!!
Duduk di Bumi USA ni, bila-bila kita berkomunikasi dengan American, diorang akan tengok mata kita tak kalih-kalih. Betul-betul pandang punya macam ala-ala nak kaji anak mata kita warna apa semua..
Contohnya, baru-baru ni aku dapat seorang lab partner American, seorang lelaki tinggi lampai (aku ni macam separuh ketinggian dia je kot??).. Bila dia tanya pasal lab report semua, dia akan pandang straight to the eyes kot.. Secara jujurnya, sememangnya lah aku merasa kurang senang dengan pandangan mata ke mata ni terutamanya kalau terlalu lama. Kalau sekejap je aku rasa masih boleh diterima. Aku sampai tersilap sana sini bila nak balas balik pertanyaan dia. Adoi, dah lah English lintang pukang kan kan..
Tapi itulah ciri-ciri seorang yang berkerakyatan Amerika Syarikat. Diorang ni memang diajar untuk sentiasa membuat eye contact bila berborak dan sebagainya..
Bila berborak dengan American, aku selalu rasa serba salah untuk tak pandang mata diorang. Nanti diorang ingat kita tak hormat diorang yang tengah bercakap dengan kita pulak. Tak pun, kita akan dilihat sebagai seorang yang kurang berkeyakinan jugak.
Hmm, nak tak nak aku terpaksa jugak belajar sikit-sikit untuk membuat eye contact bila bercakap. Tapi apa yang aku risau ialah, bila aku balik Malaysia nanti,, apakah aku akan buat eye contact macam American jugak? Tak dapat lah aku nak jawab persoalan ni selagi aku tak balik Malaysia. Kita tengok je lah nanti andai dipanjangkan umur untuk kita suatu hari nanti.. Peace XD

2 comments:
jangan buat kat aku lama2. ha ha ha.
ha ha ha.
bhy nnt dr mata turun ke hati LOL
Post a Comment