at West Bank during orientation day

of Talentime,bowling,Sajak, and birthday wish :)

♥
Berikut merupakan aktiviti aku mlm Jumaat lepas :

6-9pm : tengok cerita Talentime by late Yasmin Ahmad. Organized by PERSISMA(Persatuan Siswa Siwi Malaysia Minnesota), at Murphy Hall,
9-12pm : Bowling Gophers After Dark

Well, aku nak wat sedikit review ttg movie bertajuk Talentime. Sebelum aku tengok movie ni, aku macam agak kurang berminat nak tengok since aku pernah tengok cerita Sepet (karya arwah Yasmin jugak) and aku totally tak berminat dengan cerita Sepet tu..
Tapi ngan Talentime ni, aku memang bagi 4.5 star out of 5 star. hehehe.
Best kotttttttt crite tuu ^.^ Nice songs, nice story board, paling penting, nice moral of the story~

Cerita tu mengisahkan tentang perasaan perkauman antara Melayu, Cina, India dari pelbagai peringkat umur. Memang terjadi pon kan kat Malaysia benda2 camni.. Kita sedar je benda ni berlaku but Yasmin Ahmad je antara orang yang berani tampilkan isu2 yang orang selalu kata sensitif ni. Well, mmg sensitif, tapi kita jugak kena sedar pentingnya perasaan perkauman tu di hapuskn? Tak gitu?

Pas dah tengok Talentime, aku g maen bowling Gopher After Dark kat Coffman Union. $5 untuk 2game and shoes. Not bad not bad. Actually, BOWLING GOPHERS AFTER DARK di anjurkan oleh STUDENT UNIONS ASSOCIATION (ala2 MPP kat local uni Malaysia) untuk aktiviti hujung minggu student Uni of Minnesota. Yang menariknya,nama pon after dark kan,,kitorg maen bowling dlm gelap actually. Pin bowling jadi glow in the dark. Maka, aku pon maen bantai je baling bola bowling tu since tak nampak arrow kat atas lane bowling tu..LOL

Kebetulan, ada satu band nama 'Sajak' perform untuk aktiviti malam tu. Aku mula2 terkejut jugakla sebenarnya, nama Sajak..macam perkataan Bahasa Melayu kita. Ingat nak perform sajak..rupanya2 bukan..ska band rupanya Sajak ni.. Sape yang interested nak dengar lagu dorg ni, leh lah usha2 MySpace ye..type je Sajak.. haha. promote lak kn..

Kebetulan jugak lagi,,, hari jadi senior perempuan aku jatuh pada hari Sabtu esoknye..haha,kitorg pon nyanyi ramai2 untuk dia.. HAPPY BIRTHDAY FATINNNNNN :) Have a good one okies :)

Pictures :
At Malaysian Film Night


Glow in the dark Bowling

Sajak performing ~!
Happy Birthday yang baju merah tuuuuuuu :) (Gmbr senior+junior)

0 comments:

Post a Comment