at West Bank during orientation day

1st burger in US ^^

"Jom pi McD. Lapaq la."

"Hahaha..Jommm"

Itu adegan selepas tamatnya exam MidTerm Multivariable Calculus aku kul 7PM tadi.

....
Sampainya di McD,

Cashier : Yes, what wouldchu like to have?

Me: Mm,,gimme Fillet O Fish pleasee ^^

Cashier : Sandwich or meal?

Me : Aaaaa? Alamakk apa dia cakap ni.. ( Bisikku dalam hati )

: Excuse me, can chu please repeat it again ? (Hehe,ni la yang aku selalu gunapakai kalo tak dapat tangkap apa omputeh dok cakap. :P )

Cashier : You wanna sandwich or meal?

Rakan A : Dia tanya,hang nak meal ka atau nak burger tu sajaaaa..

Me : Ohhhh~~ haha

: Just SANDWICH please :)

Cashier : Dine-In or To Go?

Me: Dine-In

*****************************************************************

1st of all, yupp..aku akui aku dah tak ban McD bila da sampai kat US ni.. Nak wat cana..kat oversea takleh berkire sangat pasal yahudi atau tak.. Nnt pasal ni aku akan wat post lain pulak..

Huhu, korang da baca kan conversation aku ngan seorang pekerja McD tu kn?
Aku rasa korang leh teka lah kot sandwich tu ape maksudnya..At first, aku sangat pelik ngan term tu.. Aku pikir.. Aii sejakk bile pulak aku mintak sandwich ni?? Haha..Blur sebentar di situ..
Rupa2nya, sandwich tu bermaksud burger tanpa set dengan french fries dan coke.. Ok, baru hari ini saya tahu. :D

Selain term SANDWICH, term TO GO pun sangat meluas digunakan di fast food restaurant kat Minneapolis ni.. Kalo Malaysia, kita sebut TAKE AWAY. Kalo kita cakap term Malaysia tu kat sini..haha..mereka akan blurrr sangat..! Aku pernah ada pengalaman macam tu.. Waktu tu aku tak tau tentang term TO GO ni.. Aku pon turut blur sama sebab dia tak paham maksud TAKE AWAY.. haha.. rupe2 nye.. term kat US ni banyak sangat berbeza dengan yang diguna pakai kat Malaysia.. mahu tahu lagi term2 lain?
more terms to come insyaAllah pada post2 akan datang ^^

p/s: rindu nak makan french fries McD..kat sini punya one sister cakap xleh consume since dia ada letak bahan dari benda yang xhalal :(


0 comments:

Post a Comment