...Hujan Batu di Negara Sendiri, Lebih Baik di Negara Sendiri..~
Salam dan selamat sejahtera kawan-kawan!! :)
Hmm, ada setengah yang dah sedia maklum,ada lagi yang mungkin tak tahu tentang perkembangan terbaru aku yang terkini. Aku, alhamdulillah, sekarang dah pun selamat menjejakkan kaki ke Bumi USA, buat pertama kalinya pada 24hb Ogos 2009. Alhamdulillah juga, Allah makbulkan impian aku yang nak ke oversea ni setelah sekian lamanya..huhu~
Nak kata aku seronok ke sini,hmm..boleh tahan seronoknya..cakap je apa nak..insyaAllah semua leh dapat kecuali tempoyak. haha. dan sesetengah barang yang hanya leh dapat kat Malaysia je. Dari segi persekitaran universiti aku,fuhh..aku boleh kata memang sangatlah mantapnyeee..dari segi kemudahan dan lain-lain..KELAS PERTAMA. Tak pelik untuk negara maju macam US ni kalau ada benda-benda tu cuma bagi aku,ia adelah satu yang sangat WOW! Mantappp.. :) banyak lagi yang mantapp pasal US ni sebenarnya.. (banyak jugaklah post aku kat blog ini rasenye untuk hari-hari mendatang,,insyaAllah)..
Tapi setiap benda pun takkan sempurna walau pon dia banyak keistimewaan. Sama ah cam US..ada je benda yang kurang mantapp kat sini..kalo nak sebut satu-satu,alamatnye..berjela lah post aku ni.aha..
Oleh sebab terlalu banyak yang boleh dipelajari kat US ni, aku rasa bertanggungjawab untuk kongsi pengalaman-pengalaman sepanjang aku belajar kat sini.. Kalau ada yang memberikan pengajaran yang baik...elok kalau kita ambik teladan.. :)
Maka terhasil lah blog saya yang sangat klasik ni..guna template google je ni. Haha. Nanti-nantilah kalau aku ada masa, mungkin boleh tukar ke background yang cantik sikit untuk bagi keselesaan kepada korang pembaca-pembaca :)
Kalau ada apa-apa komen,atau pertanyaan tentang pengalaman aku kat US ni..silelah tinggalkan komentar anda kat blog ni ..ataupun boleh email shasha_girl90[at]yahoo[dot]co[dot]uk ~
Okeh rakan-rakan,sampai disini dulu ok!
Nanti aku update kisah-kisah kat sini :)
We Will NOT Go Down (Song For Gaza) by Michael Heart
16 years ago

2 comments:
sha, slalu la updet eh :D
zureen,insyaAllah :) thx taw lawat2 blog daku :)
Post a Comment